1. Madu Tualang mengandung lebih banyak asid fenolik dan flavanoid berbanding Madu Manuka dari New Zealand dan Madu tempatan dari Malaysia lainnya. (Kishore, 2011)
  2. Kajian membuktikan Madu Tualang dapat meningkatkan memori sel otak. (Othman Z, 2015)
  3. Madu Tualang mempunyai manfaat antibiotik semulajadi. (Hern Tze Tan, 2009)
  4. Madu Tualang dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh imun. (Sarfraz Ahmed, 2017)
  5. Madu Tualang mempunyai kesan antimikrob, anti-radang, anti-oksidan, anti-mutagenik, antitumor dan anti-diabetis, sebagai tambahan penyembuhan luka. (Sarfarz Ahmed, 2013)
  6. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Food Sciences tahun 2011 dalam “Phenolic Acid Composition and Antioxidant Properties of Malaysian Honeys” bahawa di antara sampel Madu di Malaysia, Madu Tualang adalah madu yang paling kaya dengan asid fenolik dan sebatian flavanoid yang mempunyai kesan radikal bebas yang kuat (anti-oksidan).
  7. Lebah Tualang adalah spesis lebah madu terbaik, liar dan terbesar dunia yang hanya hidup di kawasan hutan hujan Khatulistiwa. Sehingga ke hari ini, ia belum mampu diternak di negara asing mana pun.
  8. Lebah Tualang tidak perlu diberi makan air gula “sugar feeding” sebagaimana madu ternak lainnya.
  9. Kajian ke atas Lebah Tualang mendapati terdapat spesies bakteria baik (probiotik) lactobacilli yang sangat tinggi! Lactobacillus spp (64.15%), diikuti oleh Lactobacillus kunkeei (34.85%). (Aween MM et al. American Journal. 2012)
  10. Lebah Tualang mengambil makanan dari sumber nektar bunga hutan tertua dunia yang kaya dengan 40 000 spesies tumbuhan.

Sumber : Department Penyelidikan Quadmeds Sdn. Bhd.