Soalan 1 : Madu tualang emas tu warna kuning emas tapi berubah warna hitam macam tanah rendah. Kenapa ya?

Jawapan : Ya. Normal. Yang kuning keemasan jadi coklat. Yang coklat keemasan, jadi hitam. Yang merah keemasan, jadi hitam. Yang hitam keemasan, jadi semakin hitam. Ini kita sebut sebagai ‘self pigmentation’. Orang Cina, Korea, Jepun, suka madu yang warna semakin gelap kerana mereka analogikan seperti ‘wine’. Makin lama, makin gelap, makin bagus. Teori madu kuning adalah madu muda dan madu gelap adalah madu tua itu tak boleh pakai.


Soalan 2 : Lepas saya amalkan minum Madu Tualang ini, badan saya naik bintik-bintik merah. Kenapa ya?

Jawapan : Kemungkinan besar anda ada sejarah penyakit reaksi alergik terhadap protein, telur, daging, dan lain-lain. Mungkin ada sejarah masalah pencernaan seperti gastritis atau GERD atau kesan sampingan ubatan. Dalam kes ini, Madu tak bersalah kerana Madu adalah satu-satunya minuman yang dijanjikan Allah SWT sebagai Shifaa’ linnas. Tapi tubuh badan kita yang menolak pennawar. Oleh itu, anda hendaklah modifikasi cara minum supaya badan kita boleh terima semula penawar dari Madu Lebah. Caranya, kecilkan dos. Bermula sukatan yang paling rendah iaitu 1 sudu teh, dibancuh dalam segelas air. Setelah serasi dengan tubuh, tiada gejala, barulah naikkan ke dos pencegahan 1-2 sudu besar per hari atau dos rawatan 2 sudu besar 3 kali sehari.


Soalan 3 : Kenapa ada Madu warna cerah, ada madu warna gelap?

Jawapan : Madu yang cerah adalah dapatan hasil tuaian Madu dari pokok yang terletak di kawasan tanah tinggi. Rasa madu cerah ini lembut dan ‘ringan’. Biasanya orang perempuan dan kanak-kanak suka rasanya. Manakala madu yang gelap pula dapatan hasil tuaian Madu dari pokok yang terletak di kawasan tanah rendah. Rasanya manis pekat likat dan masam sedikit. Biasanya orang lelaki yang biasa makan madu suk rasanya.


Soalan 4 : Saya biasa beli Madu Quad saiz 430g dengan botol kaca. Apabila saya nak buka, mesti melimpah. Kenapa? Bagaimana cara paling selamat saya nak buka tanpa melimpah?

Jawapan : Madu Tualang memang bergas. Apabila diisi dalam botol kaca maka kebiasaanya waktu dibuka, madu akan melimpah kerana gas madu baru dapat keluar dari botol. Sebab itu madu melimpah. Itu tandanya Madu Tualang tersebut asli sebab bergas. Cara paling selamat untuk buka botol kaca adalah dengan memindahkan sebahagian madu ke bekas yang lain. Tunggu gasnya reda kemudian baru transfer ke botol asal. Biasanya madu yang bergas itu akan bertukar kembali menjadi cecair dalam masa 2-4 jam dibiarkan. Ada juga cara lain dengan simpankan botol madu dalam peti ais selama 12 jam. Cumanya kadang masa buka masa tak melimpah, tapi kadang berlaku juga kes melimpah. Paling selamat adalah dengan pindahkan sebahagian madu ke bekas lain.