Berikut adalah cadangan dari kami untuk menentukan madu asli.

Ada lima (5) cara yang boleh dibuat untuk memastikan madu asli.

Cara pertama adalah pastikan madu asli tersebut lepas ujian makmal dari mana-mana makmal yang diiktiraf di Malaysia. Contohnya seperti makmal Unipeq UKM, SGS atau makmal Genom Malaysia. Boleh juga madu asli diuji di makmal yang boleh mengesahkan kandungan madu supaya tiada bahan tambahan lain dalam madu asli tersebut. Ujian makmal ini penting bagi memastikan madu asli tersebut tiada bahan campuran dan original memang dari sarang lebah.

Cara kedua menentukan madu asli adalah dengan memastikan adalah sarang lebah yang menghasilkan madu asli. Ini kerana madu asli datangnya dari sarang lebah. Jika madu tualang adalah hasil dapatan dari sisir sarang. Untuk madu kelulut pula adalah hasil dapatan dari bongkah sarang dari kayu pokok. Jika tiada sarang lebah maka tiada jaminan untuk mengatakan madu tersebut asli kerana saranglah sumber madu asli itu diperolehi.

Cara ketiga adalah dengan memastikan ada team pemburu madu yang mendapatkan madu asli samaada dari hutan atau mempunyai kebun sendiri yang mendapatkan madu asli. Untuk madu tualang, memang kena ada team pemburu madu yang akan masuk hutan untuk mengambil dan menuai madu asli dari pokok tualang yang tinggi. Jika tiada team pemburu madu maka boleh dipertikaikan dari mana sumber madu asli itu diambil dan siapakah yang mendapatkannya.

Cara keempat adalah dengan melihat dokumen samaada gambar atau video tuaian semasa mengambil atau menuai madu asli. Dengan adanya dokumen begini maka boleh dijadikan bukti kukuh bahawa madu asli tersebut diambil dari sumber yang betul. Zaman sekarang adalah zaman digital maka sekurang-kurangnya kena ada juga dokumen dari bentuk gambar dan video semasa menuai madu asli bagi meyakinkan orang ramai.

Cara kelima adalah dengan menawarkan pulangan wang atau ‘moneyback guarantee’ kepada pelanggan andai madu tersebut tidak asli dengan menunjukkan bukti-bukti yang kukuh seperti keputusan ujian makmal yang telah dilakukan. Ini juga adalah jaminan kepada pelanggan untuk meyakinkan mereka bahawa sesuatu madu itu asli tanpa was-was.

Akan tetapi jika hanya menunjukkan madu itu tidak asli dengan merujuk kepada kaedah-kaedah mitos adalah tidak boleh terus dipercayai kerana alasan atau hujjan tersebut tidak kukuh. Contohnya seperti semut menghurungi botol madu, madu mengeras apabila diletakkan dalam peti sejuk, ada mendapan seperti gula pada botol dan lain-lain lagi.
Ini adalah cadangan-cadangan yang boleh digunapakai untuk memastikan madu itu asli atau tidak.

Ada banyak juga cara lama yang orang dulu-dulu cadangkan namun ianya boleh dianggap sebagai mitos kerana tidak kajian atau alasan kukuh yang boleh menjelaskan tentang cara tersebut.

In shaa Allah, nanti kami akan cuba senaraikan cara-cara lama yang mungkin orang gunakan namun tidak mempunyai penjelasan yang kukuh bagi memastikan madu asli.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Andai pembaca ada soalan atau cadangan yang ingin diberikan berkenaan isu madu asli, sila tinggal komen anda. In shaa Allah, kami akan teliti dan perincikan untuk artikel akan datang.