Cegah Kencing Manis sebelum Parah Dengan Madu Quad Tualang.

Gejala khas pesakit kencing manis antara lain seperti mata mula kabur, luka lambat sembuh, banyak minum, banyak makan dan banyak kencing (4-5 kali pada malam hari) tetapi berat badan menurun, dan jika dibiarkan lama akan menyebabkan mudah letih, lemas dan tenaga berkurang.

Pengidap kencing manis acap kali harus ‘berkira-kira’ apabila mereka ingin makan makanan manis yang berasal dari gula atau sukrosa. Ini kerana penambahan sukrosa ke dalam tubuh akan membuat kadar gulanya meningkat. Pemberian madu dapat menjadi salah satu solusi pemberian rasa manis pada makanan atau minuman kerana kadar sukrosa madu yang amat rendah.

Dalam Al-Quran, madu disebut sebagai ubat yang berkhasiat. Madu mengandungi karbohidrat monosakarida dalam bentuk fruktosa dan glukosa. Monosakarida ini dapat diubah menjadi tenaga dalam bentuk glikogen oleh tubuh. Pengubahan ini tidak memerlukan hormon insulin (hormon yang kurang pada pesakit kencing manis). Oleh itu, madu selamat diamalkan dan pesakit kencing manis bagi memperolehi tenaga bagi tubuhnya.

Abdulrhman et al. (2013) menjalankan kajian atas manusia (Randomized crossover clinical trial) di Institut Nasional untuk Diabetes dan Endokrinologi di Kairo, Mesir mendapati terjadi penurunan yang signifikan pada kadar lemak tubuh, gula dalam darah, kolesterol, trigliserida serum, dan LDL (kolesterol ‘jahat’) diperoleh dari 12 minggu mengamalkan Madu. Madu juga mempunyai Glicemic Index yang rendah. Peak Incremental Index. Khedekar et al. (2016) juga melaporkan bahawa madu dengan T-cordifolia dapat menurunkan glukosa darah secara signifikan dan menunjukkan kesan anti-diabetes.

Perlu diingat, madu yang selamat untuk pesakit kencing manis adalah madu asli yang tidak melalui pemprosesan, penambahan gula, pemanasan, penambahan pewarna maupun pengawet. Oleh itu, para pesakit kencing manis harus teliti setiap madu yang diminum.

Salah satu madu yang dipercayai keasliannya adalah jenama Madu Quad iaitu Madu Tualang Asli. Sajian yang disarankan adalah 1 sudu besar (15 ml) pagi dan petang. Boleh juga dilarutkan ke dalam segelas air sebelum diminum.

Ubat klinik sebaiknya tidak ditinggalkan kerana glibenclamide atau metformin yang digabungkan dengan madu akan meningkatkan kawalan terhadap gula darah. (Erejuwa OO, 2011)